Home » Notis Privasi

Notis Privasi

Komitmen kami kepada privasi anda

Notis Privasi ini menggariskan bagaimana KUMPULAN GD EXPRESS mengumpul, menggunakan, menjaga dan mendedahkan data peribadi anda untuk tujuan urusniaga komersial dan bagaimana KUMPULAN GD EXPRESS menjaga dan melindungi data peribadi itu.

Notis Privasi ini dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”) yang telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013.

KUMPULAN GD EXPRESS” atau “Kami” di dalam notis ini merujuk kepada KUMPULAN GD EXPRESS, termasuk cawangan-cawangannya di Malaysia dan juga di luar negara, dan juga anak-anak syarikat di dalam dan di luar negara, sebagaimana yang diperlukan, mana-mana daripadanya.

Persetujuan anda amat penting

Apabila anda meminta informasi atau mendaftar untuk produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada KUMPULAN GD EXPRESS. Dengan berbuat sedemikian, anda telah bersetuju dengan penggunaannya oleh KUMPULAN GD EXPRESS menurut kepada Notis Privasi ini.

Kami mungkin akan mengumpulkan data peribadi sensitif (termasuk, data berkaitan dengan keadaan fizikal dan mental anda, pensabitan kesalahan atau pertuduhan, dll) jika anda memohon untuk mendapatkan produk-produk atau perkhidmatan tertentu seperti Express and Logistics Delivery, Warehousing, Trucking and Customised Logistics Solutions yang memerlukan anda untuk mendedahkan butiran data peribadi sensitif kepada kami. Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda bagi memberikan perkihdmatan yang anda daftarkan. Jika kami mengumpul, mengguna, mengekalkan atau mendedahkan maklumat data peribadi sensitif anda, kami akan meminta persetujuan dari anda secara jelas.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi/sensitif anda atau untuk membatalkan persetujuan anda kepada KUMPULAN GD EXPRESS untuk memproses data peribadi/sensitif anda. Bagaimanapun, kegagalan untuk memberikan data peribadi/sensitif anda atau sebarang pembatalan terhadap kebenaran yang telah diberikan untuk memproses data peribadi/sensitif anda akan menyebabkan pihak kami tidak dapat memberikan perkhidmatan secara berterusan dan efektif.

Apakah jenis data peribadi yang dikumpul oleh kami?

Data peribadi merujuk kepada sebarang informasi yang berkaitan secara langsung ataupun tidak langsung kepada seseorang individu, yang dikenal pasti ataupun boleh dikenal pasti daripada maklumat yang diberikan ataupun maklumat lain di dalam simpanan KUMPULAN GD EXPRESS, termasuk sebarang data peribadi sensitif dan pendapat terhadap seseorang individu tersebut, yang telah atau mungkin telah dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh KUMPULAN GD EXPRESS dari masa ke semasa.

Jenis-jenis data peribadi yang dikumpul oleh kami termasuklah, tidak hanya terbatas kepada nama, alamat, maklumat yang boleh dihubungi, umur, pekerjaan, imej CCTV, maklumat kewangan seperti pendapatan anda, atau maklumat mengenai cukai pendapatan atau informasi akaun bank, nombor kad pengenalan atau pasport, tempat lahir, jumlah hutang dan juga sejarah transaksi. Data peribadi yang kami kumpulkan boleh didapati secara wajib ataupun secara sukarela.

Data peribadi wajib adalah maklumat yang kami perlukan dalam memberi dan menyediakan perkhidmatan dan produk kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi wajib kepada kami, kami tidak akan dapat memberi dan menyediakan perkhidmatan dan juga produk kami kepada anda. Data peribadi secara sukarela adalah data yang tidak diwajibkan untuk diberikan dalam memastikan agar perkhidmtan dan produk kami sampai kepada anda. Jika pihak anda tidak memberikan maklumat berkaitan data peribadi secara sukarela, anda masih lagi boleh mendaftarkan untuk mengetahui mengenai sebarang produk atau perkhidmatan yang kami tawarkan. Data peribadi wajib dan sukarela adalah dua jenis data yang berbeza untuk setiap produk dan perkhidmatan dan ia akan dinyatakan di dalam borang permohonan.

Bagaimana kami mengumpulkan data peribadi anda?

Kami memperolehi data peribadi anda melalui pelbagai cara, di antaranya:

  • Apabila anda mendaftarkan atau menggunakan satu daripada perkhidmatan yang kami tawarkan atau apabila anda mendaftar di mana-mana laman web KUMPULAN GD EXPRESS.
  • Apabila anda menghubungi mana-mana KUMPULAN GD EXPRESS melalui pelbagai cara seperti borang permohonan, email dan surat, panggilan telefon dan perbualan yang anda lakukan dengan kakitangan cawangan kami. Jika anda menghubungi kami atau pihak kami yang menghubungi anda menggunakan telefon, perbualan anda akan dipantau dan direkodkan untuk jaminan kualiti, latihan dan juga sebagai langkah keselamatan.
  • Kami juga boleh memperolehi data peribadi anda apabila anda mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar untuk sebarang pertandingan atau promosi.
  • Apabila kami memperolehi data peribadi anda daripada pihak ketiga (cth. Agensi Rujukan kredit, agensi pentadbiran dan penguatkuasaan, agensi pekerjaan, majikan, sekolah, university, wakil sah bagi mana-mana agensi)

Data Peribadi yang kami kumpul daripada laman web kami

Alamat IP

Alamat IP ialah susunan nombor yang telah ditetapkan secara automatik kepada komputer anda apabila anda mendaftar dengan Penyedia Servis Internet. Apabila anda melawat laman web kami, alamat IP anda secara automatik akan tersimpan di dalam pelayar kami Kami menggunakan alamat IP untuk menganalis masalah dengan server kami dan juga untuk mengurus laman web kami. Dari alamat IP, kami mungkin dapat mengenalpasti di mana kawasan anda untuk melayar laman web kami. Walau bagaimanapun, kami tidak akan menghubungkan alamat IP anda kepada mana-mana pihak untuk mengenalpasti siapa anda melainkan jika diperlukan oleh undang-undang dan peraturan.

Apakah matlamat dalam memproses data peribadi anda?

Kami boleh memproses data peribadi anda atas sebab-sebab berikut:

  • Untuk menilai pemohonan anda bagi mana-mana produk dan perkhidmatan.
  • Untuk mengesahkan status kewangan anda melalui pemeriksaan rujukan kredit.
  • Untuk mengurus dan menyenggara akaun dan kemudahan anda.
  • Untuk menilai keperluan kewangan anda dan juga untuk meneruskan tuntutan kontrak yang telah dipersetujui di antara KUMPULAN GD EXPRESS dan anda.
  • Untuk menjawab kepada pertanyaan dan aduan dan juga untuk menyelesaikan percanggahan.
  • Untuk kegunaan dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, kajian pasaran, analisa statistik dan juga permodelan, laporan, audit dan pengurusan risiko, undangundang dan kewajipan kawal selia, mencegah penipuan dan juga lain-lain yang berkaitan dengan perjalanan operasi syarikat.

Selain itu, kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi manamana keperluan pengawal selia dan apa-apa sebab yang berkaitan dengan perkhidmatan yang dikehendaki oleh anda.

Dari semasa ke semasa, kami mungkin akan berkongsi data peribadi anda dengan cawangan lain di dalam KUMPULAN GD EXPRESS, agen atau rakan niaga dan pihak ketiga (“entiti lain”) yang mana KUMPULAN GD EXPRESS merasakan perlu dan anda akan menerima maklumat pemasaran dari kami atau entiti lain mengenai produk dan perkhidmatan yang mungkin akan menarik minat anda. Jika anda tidak berhasrat untuk menerima maklumat pemasaran ini, sila maklumkan kepada kami kehendak anda dan kami akan menghentikan untuk memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain dalam menyebarkan maklumat pemasaran kami.

Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran daripada menerima maklumat pemasaran dan bahan-bahan promosi, di mana anda boleh menghubungi kami menggunakan butiran maklumat yang ada di bawah. Sila ambil perhatian bahawa sejurus sahaja kami menerima pengesahan yang mana anda telah menarik balik kebenaran untuk menerima maklumat pemasaran dan bahan-bahan promosi, ini akan mengambil masa empat belas (14) hari bekerja untuk mengeluarkan kebenaran anda dari sistem kami. Oleh yang demikian, anda akan masih lagi menerima maklumat pemasaran dan bahan-bahan promosi dari kami.dalam sepanjang tempoh itu Walaupun anda telah memilih untuk tidak lagi menerima sebarang maklumat pemasaran dan bahan-bahan promosi dari kami, KUMPULAN GD EXPRESS masih akan menghubungi anda berkaitan dengan akaun, kemudahan dan juga perkhidmatan.

Kepada siapakah kami mendedahkan data peribadi anda?

Data peribadi anda akan disimpan secara sulit oleh kami. Walau bagaimanapun, bagi memastikan anda masih lagi mampu menerima maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami secara efektif dan berterusan, kami perlu mendedahkan data peribadi anda kepada (senarai tidak lengkap):

  • Entiti lain di dalam KUMPULAN GD EXPRESS.
  • Agen yang diberi kuasa dan penyedia perkhidmatan yang di mana kami telah mempunyai perjanjian kontrak bagi beberapa fungsi, perkhidmatan dan juga aktiviti.
  • Penyedia servis kewangan (cth broker gadaian, syarikat insurans).
  • Pihak yang dibenarkan oleh anda.
  • Peniaga dan rakan kongsi strategik kami
  • Pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang, yang dibenarkan oleh mahkamah atau untuk memenuhi tuntutan pengawal selia yang mana anda telah mendaftakan diri atau langgani dengan KUMPULAN GD EXPRESS.

Pendedahan data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan data peribadi anda ke tempat lain seperti luar negara, dan dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda telah bersetuju terhadap permindahan tersebut di mana ini akan berkait dengan perkhidmatan yang anda pohon, dan juga sebagai pelaksanaan kontrak anda dan juga KUMPULAN GD EXPRESS termasuk untuk tujuan penyimpanan.

Bagaimana kami menjaga data peribadi anda?

Menjaga data peribadi anda menjadi tanggungjawab kami. KUMPULAN GD EXPRESS mengambil kira dari semua aspek seperti fizikal, teknikal dan piawaan organisasi yang diperlukan dalam memelihara maklumat sulit itu. Jika kami mendedahkan data peribadi anda kepada pihak yang dibenarkan, seperti agen ataupun penyedia perkhidmatan, kami akan memastikan agar mereka akan menjaga dan memelihara data peribadi yang telah diberikan kepada mereka dengan selamat.

Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda?

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang diperlukan bagi memenuhi tujuan-tujuan yang mana data itu dikumpul atau diperlukan untuk undang-undang, kawal selia dan juga digunakan untuk urusan dalaman. Selepas itu, kami akan memusnahkan atau memadamkan data peribadi anda secara kekal.

Perubahan kepada Notis Privasi ini

Sila ambil perhatian yang kami akan mengemas kini Notis Privasi ini dari masa ke semasa. Jika terdapat sebarang perubahan yang berkaitan kepada Notis Privasi ini atau Akta tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda dengan menyiarkan notis terhadap perubahan tersebut di dalam laman web kami. Sila periksa Notis Privasi ini bagi memastikan anda mengetahui bagaimana kami melindungi maklumat anda.

Bagaimana anda boleh mengakses / membetulkan / mengemaskini data peribadi anda?

Kami amat komited dalam memastikan data peribadi anda yang disimpan oleh kami tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat sebarang perubahan terhadap data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi yang ada pada kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau lama, sila hubungi kami supaya pengemaskian data terkini dapat dilaksanakan. Anda mempunyi hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin memohon untuk mengakses data peribadi anda, sila hubungi kami. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin akan mengenakan bayaran bagi anda untuk mengakses data tersebut. Kami juga akan mengambil beberapa langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa KUMPULAN GD EXPRESS berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi atas alasan-alasan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Bagaimana untuk menghubungi kami?

Jika anda perlu untuk menghubungi kami, anda boleh menghubungi Jabatan Sumber Manusia atau layari www.gdexpress.com. Kami menyediakan Notis Privasi ini dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia. Jika terdapat sebarang ketidakseragaman di antara dua notis ini, notis di dalam versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Jika terdapat sebarang percanggahan dalam bagaimana kami mengumpul atau menggunakan data peribadi anda di antara Notis Privasi ini dan juga termaterma dan syarat-syarat yang terdapat secara spesifik pada produk atau perkhidmatan kami, terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat secara spesifik pada produk atau perkhidmatan anda akan diguna pakai.